Memulakan perniagaan restoran di Malaysia nampak macam senang dan banyak untung. Banyak penyanyi, ahli politik, pelakon, model dan pesara berlumba lumba membuka restoran di Malaysia.
Tetapi kebanyakan orang tak tahu bahawa banyak restoran di Malaysia tutup lingkup dan rugi dalam masa kurang dari satu atau dua tahun. Ada yang kena denda atau ditutup pejabat bandaraya, ada yang banyak masalah di dapur, ada yang tak laku dan lain lain. Duit ratus ribu yang diguna sebagai modal pun lesap.
Tahukah anda bahawa kebanyakan restoran yang rugi dikeranakan kesalahan semasa memulakan perniagaan restoran? Apabila restoran itu dimulakan dengan cara yang salah, kemungkinan rugi dan tutup akan menjadi lebih besar.
Walaupun sesiapa sahaja boleh membuka restoran, ia memerlukan seorang usahawan yang faham mengenai strategi perniagaan restoran, rajin, berdedikasi dan berdisiplin untuk membuka dan mengendalikan sebuah restoran yang berjaya.
Memulakan perniagaan restoran di Malaysia boleh menjadi satu cabaran besar, terutamanya jika anda tidak ada ilmu dan tidak tahu macam mana nak bermula.
Penglibatan pertama saya dalam projek membuka sebuah restoran memberikan pengalaman yang sangat mendebarkan. Saya berlumba dengan masa untuk menyiapkan pengubahsuaian, membeli peralatan, memasang Point of Sales system and mencari pembekal makanan dan minuman dan mencari pekerja. Tetapi saya terlupa untuk mendapatkan lesen lesen yang diperlukan. Pada masa itu saya tak faham bahawa ada beberapa lesen yang harus saja dapatkan. Ternyata SSM sahaja tidak cukup. Saya harus memohon lesen lesen lain sebelum restoran boleh buka.
Setelah dapat lesen restoran, ternyata saya tak boleh pasang papan tanda kerana tidak punya lesen papan tanda. Lepas dapat lesen papan tanda dan buka restoran, saya kena denda pula kerana pekerja saya tak ada typhoid injection.
Lepas dapat typhoid injection, saya baru tahu bahawa syarikat saya tak boleh mengambil pekerja asing. Saya harus meningkatkan Modal Berbayar syarikat jika ingin mengambil pekerja asing.
Saya baru faham ternyata banyak benda kena buat SEBELUM saya mulakan membeli barang barang untuk masak dan mengupah pekerja. Saya tak faham mana dahulu yang kena buat kerana saya tak punya senarai “to do list”.
Selepas semua isu lesen diselesaikan, saya dapati bahawa saya dah membazirkan banyak wang kerana membeli beberapa peralatan dapur, pinggan mangkuk dan meja kerusi dengan harga mahal. Padahal saya boleh mendapatkan barang barang tersebut dengan harga yang sangat murah atau bahkan percuma kalau membeli di tempat yang betul.
Selepas pengalaman pertama itu, saya belajar bahawa semua proses itu harus dilakukan “step-by-step” dengan urutan yang betul.
Saya menulis ebook ini untuk berkongsi pengetahuan dan membantu sesiapa yang ingin membuka perniagaan restoran di Malaysia supaya anda tidak perlu melalui apa yang saya alami sewaktu pertama kali membuka restoran.
Saya harap selepas membaca buku ini, anda dapat membuka restoran anda dengan cara yang mudah, cepat dan jimat.
“Strategi Terbaik Memulakan Perniagaan Restoran Dalam 8 Minggu” adalah sebuah ebook yang memaparkan panduan terperinci, langkah demi langkah, untuk membantu anda merancang kewangan, mendapatkan lesen yang diperlukan dan membuka restoran pertama anda di Malaysia dalam tempoh 8 minggu (atau mungkin lebih cepat).
Mengapa anda perlu ebook ini sebelum memulakan perniagaan restoran di Malaysia?
JIMAT MASA : dengan mengikuti langkah langkah dan senarai yang betul, anda tidak perlu membazirkan masa mencuba benda yang tak pasti
JIMAT WANG : dengan membeli dari pembekal yang tepat anda boleh berjimat banyak. Jangan beli dengan harga runcit, jangan beli kat pasar. Ebook ini dah ada bonus senarai pembekal untuk restoran.
Adakah anda tahu betapa susahnya untuk mendapatkan pembekal yang boleh dipercayai? Kalau anda cari di Google, anda akan dapat hanya sikit sahaja pembekal untuk restoran kerana selalunya pembekal restoran tidak memiliki laman web.
Saya mengambil masa lebih daripada 1 tahun untuk menyenaraikan semua pembekal yang boleh dipercayai. Senarai pembekal dalam Bonus adalah senarai yang pernah saya guna untuk client accounting services saya.
Anda boleh BERJIMAT BERIBU RINGGIT dengan mendapatkan barangan PERCUMA untuk dapur dan restoran anda. Nak tahu? Saya akan tunjukkan caranya dalam ebook.
MENGELAKKAN PENUTUPAN : elak daripada penutupan kedai kerana tidak mempunyai lesen yang betul.
Perancangan adalah perkara yang paling penting dalam memulaikan perniagaan restoran. Rancang lokasi anda dengan betul untuk mengelakkan penutupan oleh pihak berkuasa.
KEWANGAN YANG KEMAS : saya akan tunjukkan bagaimana membuat rancangan perniagaan (financial business plan) yang mudah. Dalam ebook ada panduan untuk mengira berapa banyak modal yang anda perlukan untuk membuka perniagaan restoran di Malaysia.
Saya tunjukkan cara mengira kos dengan betul supaya dapat menetapkan harga yang berpatutan.
Saya faham anda tidak kenal saya. Jadi jika anda merasa maklumat yang disediakan dalam buku ini tidak berguna, saya akan kembalikan wang anda 100%. Hantar emel kepada saya dan saya akan memberikan semula wang anda. Tiada sebarang soalan, tiada sebarang masalah. Dijamin 100%.
Anda ada 2 Pilihan:
Melayari pelbagai laman web untuk mencari maklumat cara memulakan perniagaan restoran, mencari pembekal makanan, mencari pembekal peralatan dapur, dan lain lain